Followers

Saturday, July 9, 2011

CHOC ORANGE PUDDING RECIPE

Salam peeps,
Bersiaran lagi kita di pagi sabtu yang agak gloomy di kota bharu ni...i wonder bagaimana keadaan kat kl right now...well u know what im talking about kan..the perhimpunan tertutup dekat stadium tu..i dont dare to talk more about it..nanti my blog dh jadi blog politik pulak.heee

Ok enough about the politic thingy, ni nak share one of the recipe i took from blog kak azlita masam manis.. Its choc orange pudding guysssssss!

Taste wise, yang kaler oren tu taste like puding buih gitu..to those yg fancy puding buih tu mesti suka..But i prefer the choc pudding layer.. Delish i tell u..

so i just copy and paste the recipe here okay..





PUDING CHOC OREN
Copy from : kak ita masam manis
Resepi asal by: nunun

Lapisan Coklat

1/2 peket agar2 serbuk - angaran 6-8 gm
400 ml susu cair
125 gm gula pasir - ita kurangkan kepada 100 gm, boleh kurangkan lagi jika tak suka manis
2 sudu makan serbuk koko - boleh tambah jika sukakan lebih rasa coklat tapi jangan banyak sangat nanti pahit pulak.
2 biji kuning telur - dikocok
1 sudu kecil choc emulco - ita tambah

Masak agar2, susu, gula dan serbuk koko dgn api perlahan sambil dikacau sehingga mendidih.
Ambil sedikit agar2 campurkan ke dalam kuning telur yang telah di kocok terlebih dahulu tadi.
kacau rata, kemudian tuangkan semula ke dalam agar2 tadi dan kacau sempurna.
Tuangkan ke dalam loyang segi empat yg sudah di bilas dgn air terlebih dahulu. Bekukan.

Cara Ita
Ita masak dulu agar2 dengan 100 ml air dan gula hingga agar larut, kemudian ita masukkan susu, oleh kerana ita dah masukkan 100 ml air jadi sukatan susu ita kurangkan kepada 300 ml sahaja. Kemudian ita masukkan koko dan choc emulco dan kacau rata hingga mendidih. Kemudian ambil sedikit adunan ita campurkan dgn telur yg telah di kocok tadi, kacau rata. Kemudian ita tuang semula dalam adunan tadi dan kacau rata.
Tuang dalam loyang segi empat sama yg telah di bilas dgn air terlebih dahulu dan bekukan. Kemudian ita lobangkan- lobangkan dgn menggunakan straw minuman yg bersaiz besar. Masa buat lubang tu jangan lupa tutup muncung straw dgn jari rapat supaya mudah kita menarik keluar lebihan puding.



Lapisan Oren

1/2 peket agar2 serbuk - angaran 6-8 gm
300 ml susu cair
125 gm gula pasir - ita kurangkan kepada 100 gm
200 gm limau manderin kisar
3 sudu makan sirap oren - ita guna sunquick
pewarna oren secukupnya
2 putih telur - dipukul sampai kaku

Masak agar2, susu, gula pasir sampai didih. Kecilkan api
Campurkan limau kisar ke dalam agar2.
Tambahkan sirap oren dan pewarna.
Angkat lalu campurkan dgn putih telur. Kacau rata.
Tuangkan atas lapisan coklat dan bekukan.

Cara Ita

Ita masak dulu agar2 dgn 100 ml air dan gula hingga agar2 larut. Kemudian ita tuangkan susu dan masukkan 3 sudu besar sunquick. Masa kita masukkan oren susu akan berketul jangan risau..
Pukul putih telur guna stand mixer hingga kaku. Kemudian tuangkan aduna agar2 oren tadi ke dalam putih telur dan terus putar hingga rata. Tambahkan pewarna oren dan terus putar.
Ambil sesenduk adunan masukkan dalam plastik atau piping bag dan picitkan dalam setiap lubang. masa ni kena pastikan ia masuk sempurna kalau tidak nanti bila kita potong terdapat ruang udara. Buat cepat2 kerana puding cepat mengeras. Kemudian baru tuangkan lebihan puding diatasnya dan ratakan.
pastikan mixer sentiasa berputar masa kita buat ni supaya puding tidak cepat mengeras.


Selamat mencuba...
Till next entry okay...tata


- Posted using BlogPress from my iPad